Imam Abu Yusuf Al Qadhi: Seorang Alim yang Membawa Keadilan dengan Jalan Ilmu

Imam Abu Yusuf Al Qadhi: Seorang Alim yang Membawa Keadilan dengan Jalan Ilmu

Rahmatullah - Bagi orang yang mengkaji dan mendalami perkembangan ilmu Islam pasti mereka pernah mendengar nama Imam Abu Yusuf al-Qadhi. 

Seorang imam besar yang merupakan seorang sahabat dan anak murid kepada Imam Abu Hanifah.

Beliau juga merupakan seorang alim besar di dalam mazhab Hanafi serta seorang Qadhi (hakim) yang hebat di zamannya.

Kehebatan yang dimiliki oleh Imam Abu Yusuf al-Qadhi ini dapat dilihat di dalam lipatan sejarah dari zaman kecilnya. 

Seorang yang rajin mempelajari ilmu hadis sehingga al-Thabari berkata:

“Abu Yusuf rajin menghadiri pengajian ulama hadis. Dalam sehari, beliau menghafal 50 sehingga 60 buah hadis. Setelah itu, beliau akan mengajar kembali seluruh hadis yang dipelajarinya kepada orang lain.”

Kehebatan beliau di dalam bidang keilmuan turut dipuji oleh beberapa ulama yang lain antaranya adalah Hilal bin Yahya yang berkata: 

"Abu Yusuf menghafal tafsir, sejarah peperangan, sejarah Arab dan dia seorang yang alim di dalam bidang perundangan. Beliau juga merupakan seorang yang mahir di dalam ilmu hadis".

Kegigihan beliau mempelajari ilmu telah meletakkan beliau sebagai seorang qadi dengan membawa gelaran Qadi al-Qaudat (Ketua kepada seluruh qadi). 

Keberadaan beliau sebagai seorang qadi telah meletakkan keadilan di dalam kehakiman.

Beliau yang dibina dengan memahami hakikat ilmu yang membawa kepada kebenaran dan kebenaran itu adalah milik Allah. 

Keadilan yang dibawa oleh beliau di dalam perundangan telah meletakkan beliau menyandang posisi tersebut lebih 16 tahun dan fatwa-fatwa beliau antaranya berkaitan ekonomi masih dipakai hingga hari ini.

Rahmatullah
Rahmatullah Tulislah apa yang tidak boleh dilupakan

Post a Comment for "Imam Abu Yusuf Al Qadhi: Seorang Alim yang Membawa Keadilan dengan Jalan Ilmu"